Tindakan Politik Abul Ala Maududi

Tahun 1941, Maulana Maududi mengasaskan pertubuhan Jamaat-e-Islami untuk mengembangkan Islam sebagai satu cara hidup di Asia Selatan.Beliau terpilih sebagai Presiden Jamaat dan sekali lagi terpilih sehingga 1972 dan bersara dengan alasan kesihatan.

Maududi tidak menyokong idea penubuhan negara Pakistan sebuah negara Islam yang terpisah daripada India. Tapi selepas Pakistan merdeka 1947 dari India , Maulana Maududi berhijrah ke Pakistan. Beliau mula membina negara dan masyarakat Islam yang ideal sebagaimana wawasannya dahulu. Beliau tidak senang dengan dasar sekular dan mahu pemimpin Pakistan yang komited Islamik.

Maka Maulana Maududi ditahan dan dipenjarakan berikutan ucapan dan tulisannya yang mahukan Islam tulen. Tahun 1953, risalah Maulana Maududi disebarkan yang mengkritik Ahmadiah sebagai tidak Islamik . Akhirnya menimbulkan rusuhan dan tunjuk perasaan di Pakistan.

Mahkamah tentera menjatuhi hukuman mati ke atas beliau . Beliau enggan merayu dan rela menerima ketentuan daripada Allah.Sebaliknya merayu dibebaskan berucap . Namun kemudian kerajaan tentera tidak melaksanakan hukuman mati ke atas beliau.

Maulana Maududi mahu melaksanakan dasar-dasar Islam yang syumul, Islam sebagai cara hidup dan menolak cara hidup Barat. Islam adalah satu agama lengkap untuk umat Islam.Umat Islam mestilah menjadikan al Quran sebagai rujukan dan mengikut semua aspek kehidupan Nabi Muhamad.

Konsep ini merupakan alasan utama beliau menentang perpisahan Pakistan daripada India. Baginya Islam boleh hidup, berkembang dan berkreasi di mana sahaja.

Maulana Maududi mentafsir agama sebagai satu cara hidup dan ruang lingkup yang sempurna untuk semua aktiviti manusia. Tiada pemisahan antara dunia dan akhirat, antara orang Islam dengan bukan Islam.Beliau menentang konsep agama adalah milik peribadi , satu dasar sekular.Baginya agama adalah refleksi daripada masyarakat. Beliau mahu undang-undang Syariah dilaksanakan bagi semua rakyat , menggantikan undang-undang sivil yang tidak Islamik dan melaksanakan undang-undang jenayah hudud.

Maulana Maududi mengembara pada 1956 dan 1974 untuk mengembangkan Islam ke seluruh dunia. Ucapan inspirasi beliau tersebar ke seluruh dunia Islam seperti di Cairo, Damascus, Amman, Mekah, Madinah, Jeddah, Kuwait, Rabat, Istanbul, London, New York, Toronto dan banyak negara lain. Beliau mengerjakan haji dan membuat penyelidikan di Saudi Arabia, Jordan (termasuk Jerusalem), Syria dan Mesir antara 1959-1960 dan menggesa al Quran diangkat sebagai panduan utama.

Pada 22 September, 1979, Maulana Maududi meninggal dunia pada usia 76 tahun di Buffalo, New York. Jenazahnya dikebumikan di Buffalo, tapi batu nesan peringatan dibina di (Ichra) di Lahore oleh pengikut setianya.